Tuesday, December 29, 2015

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016!
Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016


Thursday, December 10, 2015

Video : Kecemerlangan Kokurikulum 2015



video


Jom tonton video penuh Kecemerlangan Kokurikulum SKKD sepanjang tahun 2015 yang ditayangkan sempena Malam Gala Kecemerlangan SK Kanchong Darat pada 18 November 2015 lalu.




Nota:
Tidak semua aktiviti dapat dimasukkan... ;)

Saturday, November 21, 2015

Selamat Bercuti

Mulai 21 November 2015 hingga 3 Januari 2016, sekolah akan mula bercuti dan ini bermakna tamatlah sesi persekolahan bagi tahun 2015.

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SK Kanchong Darat. Gunakan masa cuti yang diberikan dengan penuh berkualiti bersama keluarga. Semoga dengan percutian yang berkualiti ini akan memberikan impak yang positif pada sesi persekolahan 2016 nanti.

Kepada semua murid, terutama murid yang akan melangkah ke Tahun 6 pada tahun hadapan, gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan latihan yang dibekalkan oleh guru-guru. Kepada murid-murid The Champion 2016, mulakan gerak langkah kumpulan anda.

Jangan lupa sekolah akan dibuka semula pada 4 Januari 2016.


Thursday, November 19, 2015

UPSR 2015 : Tahniah!

17 November 2015

Tahniah buat semua warga SKKD di atas kejayaan UPSR 2015 dengan 16 orang mendapat 5A dan 20 orang mendapat 4A. Penat jerih guru-guru dalam mendidik anak-anak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akhirnya terbalas. Syabas buat semua!


Detik-detik sebelum keputusan diumumkan






Pengumuman Keputusan UPSR 2015
























 Tahniah! 5A






 Tahniah! 4A


Monday, November 16, 2015

Hari Usahawan SK Kanchong Darat 2015




Tanggal 14 November 2015, SK Kanchong Darat dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Hari Usahawan SKKD. Hari Usahawan ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut, antaranya ialah jualan aneka makanan dan minuman; scuba diving, roller blade, memanah, repelling, aneka permainan, pameran, pertandingan, rumah misteri, memancing ikan, menangkap udang, pakaian bundle dan pelbagai lagi.

Keuntungan yang diperolehi dari Hari Usahawan ini akan digunakan untuk mengisi tabung PIBG, projek pembangunan sekolah, program kecemerlangan murid dan lain-lain lagi.


Memancing ikan dan menangkap udang





Scuba Diving




Memanah



Aneka Permainan




Roller Blade




Rumah Misteri


Kraftangan



Pameran



Jualan Cenderahati



Jualan Aneka Makanan dan Minuman




Jualan Bundle



Tahniah diucapkan kepada semua warga SKKD!

Sumber foto : Facebook Alumni SKKD